Translate

Isnin, 3 Disember 2012

Pau gebu dan lembut

Setiap hari Rabu mak kju akan pergi ke surau
untuk mendengar ceramah agama dan hadis.
Biasanya lepas sembahyang isyak ada jamuan
ringan sikit yang dibawa oleh para jemaah sendiri.
Jadi kali ni kju buatkan pau gebu dan memang
gebu untuk makan-makan malam tu.

Kalau nak senang beli je tepung pau yang telah
disertakan sekali dengan bahan-bahan yang diperlukan
Sesuai dengan orang malas macam kju ni..

Bila dah keluarkan bahan-bahan dari pek tadi dapatlah
600g tepung pau, sebuk penaik, yis, shortening & gula.
Tak payah pening-pening nak sukat lagi semua dah ada.
Cara membuatnya juga dah ada disertakan sekali
pada pek tadi.

Untuk membancuh tepung yang sempurna,
mula-mula kita tuang 3/4 tepung dari 600g tepung pau
ke dalam bekas.  Larutkan gula bersama 1 cawan air.
Tuang sedikit demi sedikit air dan sebatikan,
tuang juga yis dan serbuk penaik. Masukkan shortening.
Tambah tepung lagi sehingga doh tak melekat
pada tangan. Buat hingga tepung habis.

Untuk mendapatkan pau yang cantik jangan
bancuh tepung terlalu lembik, jika tidak,
pau akan menjadi kerepot dan tak cun.
Ikut je apa dia kata, dia suruh baling kita baling,
dia suruh campak kita campak.
Nak tunjuk perasaan pun boleh sebab
adunan ni kebal dengan segala keadaan.

Biarkan doh kembang sekali ganda lebih kurang 1 jam.

Bila dah kembang tumbuk doh untuk kempiskan dan
buang angin yang terkumpul dalam doh.
Kalau tersilap ayat minta maaflah ye.

Kemudian kita bahagikan dengan beberapa bahagian.
Isikan dengan inti kegemaran.
Kalau buat kecil-kecil dapat dalam 50 biji.

Sediakan pengalas pau seperti daun pisang, paper cup
atau plastik. Biarkan doh kembang sekali ganda lagi.
Kemudian bolehlah dikukus selama 10 minit
di atas api yang besar.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana memberi maklumbalas, saya akan terima apa-apa saja ulasan yang positif ataupun negatif.