Translate

Ahad, 19 Mei 2013

Demam Campak Melanda

Genap saja seminggu selepas pilihanraya, kami semua
terkena jangkitan demam campak.
Bila seorang kena, semua pun berjangkit.
Habis kami satu rumah kena demam campak.
Kali ni merupakan demam campak yang kedua.
Kali pertama kena semasa bayi.


Ni gambar tangan anak saya yang berumur 14 tahun.
Menurut kata doktor budak-budak akan
mengalami teruk sedikit daripada orang dewasa.
Saya dan suami cuma keluar sikit je bintik-bintik tu.
Tapi badan tetap rasa lenguh-lenguh nak buat
kerja cepat penat.
Tapi campak ni hilang dalam 3-4 hari saja.
Lepas tu rasa miang-miang dan gatal-gatal
serta lenguh-lenguh.
Bila masuk hari yang ke 5 semua dah macam biasa je.
Cuma perlu berpantang dari terkena air hujan
dan juga elakkan makan makanan yang bergoreng
dan gatal. Tapi kami semua tak pantang pun.
Bila tak pantang mulalah rasa miang keladi.. he..he..
Apa pun kalau sakit baiklah berjumpa dengan doktor
dan banyakkan minum air kelapa muda.