Translate

Jumaat, 28 Disember 2012

bubur kacang hijau dan durian

Bubur ni rasanya ramai yang dah tahu cara memasaknya.
Saja kju nak semakkan sikit blog kju ni. he..he..
Mak kju buat bubur ni untuk makan-makan lepas
dengar ceramah yang lepas.
Oleh kerana kju pun pergi mendengar ceramah
pada hari tu.. jadi kju nak kongsi sikit apa
yang diperkatakan dalam ceramah hari tu..

Mengenai kelebihan hari Jumaat, manusia dijadikan 
hari Jumaat dari tanah dan salah satu tanah
yang diambil adalah dari tanah suci Mekah.

Sebab tu orang islam rindu sangat nak pergi ke sana.
Hari Kiamat juga akan berlaku pada hari Jumaat.
Begitu besar pahala boleh kita dapat pada hari ini
sekiranya kita bersedekah.
Klik sini untuk maklumat lebih lanjut mengenai
kelebihan hari Jumaat iaitu penghulu sekelian hari.

Resepi di bawah adalah untuk 30-40 orang makan,
jadi untuk family kecil kurangkan jumlah sukatannya.


Bahan
500g kacang hijau
7 liter air
2 liter santan diperah dari 2 biji kelapa
50 g biji sagu
500g isi durian dari 2 biji buah durian
100 g gula merah
6 sudu gula
garam

Cara
Panaskan periuk masukkan gula merah dan sedikit air.
kacau sehingga gula hancur. Tapis dan ketepikan.

Di dalam periuk yang lain, didihkan air dan masukkan
kacang hijau. Biarkan sedikit kembang.

Masukkan santan dan kacau.
Masukkan gula merah dan durian.
Biarkan mendidih dan masukkan gula.
Masukkan biji sagu dan garam.
Kacau sedikit dan tutup api.

Senang je dalam 15-20 minit dah siap.







Rabu, 26 Disember 2012

Salad Buah

Semalam 25-12-2012, keluarga mertua kju ada didatangi
rombongan merisik untuk merisik adik ipar.
Rombongan dari Pahang.
Setelah majlis selesai, mereka ada
memberi buah tangan.
Kju ambil buah plum dan buah epal.
Jadi, kju pun buat salad buah.
Hari ni masak simple je, ayam goreng
dan salad.


Bahan
1 biji buah epal hijau (potong dadu)
1 biji buah epal merah (potong dadu)
1 biji buah plum (potong dadu)
1 biji buah mangga muda (potong dadu)
mayonis secukupnya.

Cara
Campurkan semua bahan di atas di dalam
satu bekas.. kemudian masukkan
mayonis. Kacau sehingga semuanya
sebati. Siap dan hidangkan.
Sedap dimakan bersama roti bun,
hotdog dan nugget.

Khamis, 6 Disember 2012

Yong Tau Foo Sup Pasti Jadi

Selamat pagi semua. Ok pagi ni kju nak share resepi
yong tau foo sup yang mudah, sedap dan menjadi
kegemaran anak-anak kita.
Untuk bahan-bahan tau foo boleh dipelbagaikan
mengikut apa yang ada dan yang disukai.


Bahan sos manis
2 sudu besar gula merah (boleh kurangkan)
1 cawan air
Secubit lada hitam
2 sudu besar tepung jagung
(bancuh dengan sedikit air)
2 sudu besar kicap
garam

Penyediaan sos manis
Panaskan kuali dan masukkan air
Masukkan gula merah dan kicap
Biarkan mendidih dan masukkan garam
Masukkan lada hitam dan tepung jagung.
Kacau sehingga nampak pekat.
Tutup api.

Bahan sup yong tau foo
(bahan isian yang disukai)
Tauhu, fish ball, fish cake
telur puyuh, tauhu keping,
daun sup, sayur kangkung

1 kiub ayam maggi
4 liter air
2 sudu besar bawang goreng
garam

Cara
Panaskan periuk dan masukkan air.
Biarkan air mendidih.
Masukkan kiub ayam dan bawang goreng.
Masukkan bahan-bahan yang disukai.
Akhir sekali masukkan garam.
 Sedia untuk dihidangkan.

Bolehlah dihiaskan mengikut kegemaran anda.
Kalau tambah bijan lagi sedap.
Selamat mencuba (^-^)



Selasa, 4 Disember 2012

bihun goreng tomyam antarabangsa

Kali ni apa kata kita tukar selera sikit.
Masakan Malaysia yang dinaiktarafkan
kepada masakan antarabangsa.
Jadi semua bangsa suka pada masakan
campur nikan..

Bahan
1 bungkus bihun (direndam selama 5 minit)
3 tangkai cili kering*
2 ulas bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1/2 kiub tomyam knorr
50 g daging ayam (dipotong)
50 g udang (kju tak letak)
2 sudu besar sos tomato.
4 sudu besar kicap.
sedikit sayur kobis (dipotong)
segenggam taugeh
minyak masak
garam

Cara
Kisar bahan yang bertanda*.
Panaskan kuali dan letak sedikit minyak.
Tumis bahan yang dikisar hingga terbit minyak.
Masukkan daging ayam.
Biarkan daging ayam sedikit empuk.
Kacau dan masukkan udang.
Masukkan kiub tomyam, sos tomato dan kicap.
Masukkan sayur kobis.
Kacau sebentar dan masukkan bihun.
Tambah air untuk melembutkan bihun.
Kacau hingga air kering dan masukkan garam.
Masukkan taugeh, kacau sebentar dan tutup api

Hidangkan dengan timun dan telur dadar.

Cara menghentikan darah akibat terluka

Pepatah melayu kata "biar lambat asalkan selamat"
Nilah jadinya kalau buat kerja tergopoh gapah.
Akhirnya kena buat kerja perlahan-lahan.

Kemalangan berlaku di mana-mana jua.
Tempat yang kita rasa selamat pun boleh
menjadi bahaya. Apa lagi bila berada di dapur.
Terkena minyak panas, terpegang air
panas, kuali panas dan jari terluka adalah
perkara biasa ketika memasak.

Tips kali ni ialah cara menghentikan darah akibat terluka.
Caranya adalah dengan mengangkat tangan
atau bahagian terluka setinggi yang boleh.
Kalau boleh melebihi paras kepala.
Jika penat angkat sedikit pun tak apa
cuma darah lambat kering berbanding
tangan yang diangkat tinggi.
Cara ini dibuat supaya darah tidak mengalir
keluar banyak melalui bahagian terluka kerana
jika tangan dibiarkan kebawah darah senang
mengalir keluar mengikut graviti bumi.

Biarkan pada kedudukan di paras tinggi selama
3 - 5 minit. Selepas darah berhenti,
cucilah bahagian yang tercedera.
Jika darah tidak henti keluar, anda
berkemungkinan adalah seorang pengidap
penyakit kencing manis dan perlu
mendapat rawatan doktor.

Cara begini hanya sesuai pada luka di jari tangan
dan kaki. Untuk luka dibahagian lain tidak
boleh diangkat tinggi seperti luka di jari.




Isnin, 3 Disember 2012

Pau gebu dan lembut

Setiap hari Rabu mak kju akan pergi ke surau
untuk mendengar ceramah agama dan hadis.
Biasanya lepas sembahyang isyak ada jamuan
ringan sikit yang dibawa oleh para jemaah sendiri.
Jadi kali ni kju buatkan pau gebu dan memang
gebu untuk makan-makan malam tu.

Kalau nak senang beli je tepung pau yang telah
disertakan sekali dengan bahan-bahan yang diperlukan
Sesuai dengan orang malas macam kju ni..

Bila dah keluarkan bahan-bahan dari pek tadi dapatlah
600g tepung pau, sebuk penaik, yis, shortening & gula.
Tak payah pening-pening nak sukat lagi semua dah ada.
Cara membuatnya juga dah ada disertakan sekali
pada pek tadi.

Untuk membancuh tepung yang sempurna,
mula-mula kita tuang 3/4 tepung dari 600g tepung pau
ke dalam bekas.  Larutkan gula bersama 1 cawan air.
Tuang sedikit demi sedikit air dan sebatikan,
tuang juga yis dan serbuk penaik. Masukkan shortening.
Tambah tepung lagi sehingga doh tak melekat
pada tangan. Buat hingga tepung habis.

Untuk mendapatkan pau yang cantik jangan
bancuh tepung terlalu lembik, jika tidak,
pau akan menjadi kerepot dan tak cun.
Ikut je apa dia kata, dia suruh baling kita baling,
dia suruh campak kita campak.
Nak tunjuk perasaan pun boleh sebab
adunan ni kebal dengan segala keadaan.

Biarkan doh kembang sekali ganda lebih kurang 1 jam.

Bila dah kembang tumbuk doh untuk kempiskan dan
buang angin yang terkumpul dalam doh.
Kalau tersilap ayat minta maaflah ye.

Kemudian kita bahagikan dengan beberapa bahagian.
Isikan dengan inti kegemaran.
Kalau buat kecil-kecil dapat dalam 50 biji.

Sediakan pengalas pau seperti daun pisang, paper cup
atau plastik. Biarkan doh kembang sekali ganda lagi.
Kemudian bolehlah dikukus selama 10 minit
di atas api yang besar.