Translate

Rabu, 31 Oktober 2012

kenduri majlis pertunangan

Pada hari raya Aidiladha kju tak dapat tengok penyembelihan lembu korban sebab ia dibuat di pusat penyembelihan. Jadi lembu yang dikorbankan lewat sampai sebab ramai yang buat korban hari tu.
Pada ke esokan harinya adik ipar kju ada buat majlis pertunangan. Kju abadikan kenangan
manis tu di blog kju ni.. 


Terima kasih tak terhingga pada abah yang sponser makanan untuk hari tu.. Itu tanda kasih sayang ayah kepada anaknya.


Adik-adik ipar yang masak jamuan hari tu dan dibantu oleh cik mah dan rakannya

Hantaran ni mak mertua yang mengubahnya.. Kalau nak tempah bolehlah..
          






 




Ni di antara tetamu yang datang.. kenduri kecil2 je..




Kju mengucapkan selamat bertunang kepada Iza & Fairus..





Rabu, 24 Oktober 2012

Pengertian Hari Raya Aidiladha




Sumber: info Haji dan Qurban



Hari raya Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan ke-sabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t.
Aidiladha disambut pada hari ke 10, 11, 12 dan 13 bulan Zulhijjah setiap tahun berbanding Aidilfitri hanya disambut pada 1 Syawal sahaja. Sambutan Hari Raya Aidil Adha bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah sehingga tenggelam matahari pada 13 Zulhijjah Umat islam akan menunaikan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah.
Keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.
Qurban atau Udhiah bermaksud menyembelih haiwan yang tertentu jenisnya daripada ternakan yang dikategorikan sebagai al-an'am iaitu unta, lembu (termasuk kerbau), biri-biri dan kambing pada Hari Nahr atau Hari Raya Haji (10 Zulhijjah) dan pada hari-hari Tasyrik (11,12,dan 13 Zulhijjah) kerana bertaqarrub (mendekatkan diri) kepada Allah.
HUKUM MELAKUKAN IBADAH QURBAN
  • Imam Syafie berpendapat hukum melakukan ibadah qurban ini sunat Muakkadah iaitu sunah yang digalakkan atau dituntut ke atas setiap individu Muslim yang merdeka, berakal, baligh lagi rasyid serta berkemampuan melakukannya sama ada sedang mengerjakan haji ataupun tidak sekurang-kurangnya sekali seumur hidup.
  • Makruh meninggalkan ibadah ini bagi orang yang mampu melakukannya.
  • Hukum qurban ini menjadikan wajib jika seseorang itu telah bernazar untuk melakukannya atau telah membuat penentuan (at-ta'yin) untuk melaksanakannya seperti seseorang berkata "lembu ini aku jadikan qurban". Jika tidak dilakukan dalam keadaan ini maka hukumnya adalah haram. Daging qurban wajib (nazar) tidak dibenarkan untuk dimakan oleh yang empunya qurban dan tanggungannya.

Selasa, 23 Oktober 2012

apam pisang

Biasa malam-malam selalunyalah kju (p/s: sekarang dah tukar title kju (kak ju) tak
lama lagi jadi mju (makcik ju) lama-lama sikit jadi nju (nenek ju)
makin lama makin tua tak taulah boleh menulis
dalam blog lagi tak, pas tu masuk kubur.
Yang pasti kju akan wariskan blog ni pada keturunan kju.
Dapatlah mereka tengok monyang monyet dia kan.
Macam kita sekarang tak dapat tengok monyang monyet kita lagi.

Berbalik cerita tadi selalunyalahkan.. tapi
kalau tak selalu tengok tv jelah..
selalunya kju buat apam atau kek waktu petang atau malam..
Yelah esoknya terus makan.
Tak payah pagi-pagi bertungkus lumus
mengeluarkan tenaga dan keringat untuk membuatnya..haha..

Apam ni kju guna dari pisang berangan.
Resepi ni kju ambil dari internet tapi dah lama kju tak
tahu dari blog mana. Kju salin dalam kertas je.
Tapi kju ada tukar sikit ramuannya.
Kalau ikut yang lama tak de susu. Cuma 1 cawan minyak.
Sila tengok resepi kju ya..

Resepi
6 biji pisang berangan yang masak ranum.
1 cawan gula.
1/2 cawan minyak masak. (50ml)
1/2 cawan susu cair. (50ml)
2 gelas tepung gandum. (200g)
1 sudu besar soda bikarbonat.
1 sudu besar esen vanilla/pisang.
2 biji telur.
2 sudu besar chocolate rice (optional)
sedikit garam.


Cara
Kupas pisang dan potong kecil. Masukkan kedalam blender paras pemegang.
Masukkan gula, minyak masak, susu, esen vanilla, soda bikarbonat, garam dan telur.
Kisar hingga hancur.
Tuang adunan yang telah di blend tadi ke dalam satu bekas.
Masukkan tepung dan kacau sebati.
Masukkan chocolate rice.
Susun acuan dan sapu minyak.

Kalau nak guna paper cup pun boleh. 
Susun macam ni.

Masukkan adunan ke dalam acuan dan kukus selama 10-15 minit
dengan api yang besar.

Yang ni dah siap dikukus.

Kalau keluarkan jadi macam ni.
Memang lembut dan gebu.
Tak keras sampai esok petangnya.
Janji simpan dalam bekas yang ditutup

Buat 1 adunan dapat 30 biji apam.
Boleh beri bekal pada abang yang nak gi kerja..
Apam ni senang nak buat cuma blend dan adunkan.
Kemudian kukus.. Dah siap.













kacang panjang goreng ala mamak


Lagi beberapa hari dah nak sambut hari raya haji..
Kju tak buat kuih pun..
Lepas raya puasa sibuk pula packing kerepek dan kacang je..

Teringat ada sekali tu kju dan keluarga pergi ke restoran mamak.
Ada satu hidangan sayur tu bila makan teramatlah sedap..
Jadi kju pun buatlah experiment sendiri.
Memang sama macam yang mamak masak tu.. hehe.. perasanlah pulak..


Resepi
1 tangkai cili kering (dipotong)
lobak merah (dipotong)
1 tangkai cili merah *
1 biji bawang merah *
1 biji bawang putih *
1 tangkai daun kari
kacang panjang (dipotong)
daging ayam (dipotong)
1 sudu besar serbuk kari
minyak untuk menumis
garam

Cara
Kisar bahan yang bertanda *.
Panaskan kuali dan masukkan minyak.
Goreng sebentar cili kering. Angkat dan ketepikan.
Jangan lama sangat nanti hangus.
Masukkan bahan yang telah dikisar.
Biarkan sedikit kering atau sehingga terbit minyak.
Masukkan serbuk kari dan daun kari.
Kacau sebentar dan masukkan sedikit air.
Kemudian masukkan daging ayam.
Biarkan seketika hingga daging ayam empuk.
Masukkan kacang panjang dan lobak merah.
Kacau dan perlahankan api.
Akhir sekali masukkan garam dan cili kering tadi.
Kacau sebentar dan tutup api.

Bila masak sayur macam ni terasa seperti makan di restoran mamak.
Kalau makan dengan kari kambing dan papadom memang dah boleh
buka restoran mamaklah kan..

Muka letih. Baru lepas perkhemahan perdana di SKPU (1) pada 20/10/2012.
Orang nak berkhemah dia pun nak berkhemah juga.






Ahad, 21 Oktober 2012

cekodok roti


 Apa khabar hari ni..diharap semua pun baik-baik sahaja.
Apa aktiviti hari ni agaknya.
Ada yang bercuti dan ada yang sibuk bekerja.
Hubby saya pun kerja juga walaupun hari ni hari Ahad.
Apa pun buatlah yang terbaik dalam hidup ye.
Hari ni saya mereka 1 resepi..
tak taulah kalau ada resepi yg sama dengan saya.
Kira lebih kuranglah ye..

Resepi
12 keping roti
1 cawan tepung gandum
1 cawan air
1 biji telur
1 sudu kecil serbuk lada hitam
daun sup (potong kecil)
daun bawang (potong kecil)
cili besar (potong kecil)
sedikit garam


Cara
Roti dipotong ikut suka. Potong dadu pun boleh.
Di dalam satu bekas, masukkan tepung gandum, air, garam dan telur.
Kacau sebati.
Masukkan roti, serbuk lada hitam, daun bawang, daun sup dan cili besar.
Gaul lagi sehingga semua bahan rata.
Panaskan kuali dan masukkan minyak.
Bila minyak dah panas bolehlah menggoreng campuran roti tadi
sehingga kekuningan dan garing.

Roti dah nak expired lagi 2 hari lagi sedap bila digoreng macam ni.

Kalau goreng lama sikit rasanya rangup macam makan frech fries.
Menu ni sesuai untuk sarapan pagi atau minum petang.


Sabtu, 20 Oktober 2012

roti hotdog dan teman-temannya

Hari sabtu yang indah.. Jadi masak pun simple je..
Nama hidangan ni roti hotdog dan teman-temannya.. he..he..
Kenapa saya namakan macam tu.. sebab hotdog nya tak ada..
Yang ada cuma roti dan teman-temannya saja, nugget & french fries..

Hidangan macam nilah yang budak-budak paling suka.
Sekejap je dah habis.
Nak ceriakan lagi hidangan tu tambah buah-buahan.

Kalau nak sedap lagi makan bersama kek coklat ni.
Malam tadi saya masak kek tu..Yummy..

petua mengubati demam kuning bayi

Gambar susu kambing ni diambil dari sini.
Anak saya pernah kena demam kuning masa umur 1 minggu.
Masa tu kami tak beli susu kambing lagi
Jadi pergilah ke klinik.
Doktor cuma ambil darah je, pas tu suruh balik
sebab tak sampai tahap yang membimbangkan.


Jadi macam mana nak elokkan.
Petua ni mak mertua yang bagi.
Biasanya saya beli susu kambing di pasaraya.
Sukatannya hanya 1 sudu besar je 2 kali sehari.
Tak boleh banyak-banyak nanti melompat bayi tu
sebab kepanasan..
Mula-mula kenelah panaskan sekejap susu tu dulu sebelum
diberi kepada bayi.
Kepada bayi yang alah pada susu kambing lebih baik dielakkan
dari memberi susu kambing ni.
Tapi setakat ni anak-anak saya semuanya tak
alah pada susu kambing.



Khamis, 18 Oktober 2012

cara menghalau kutu kepala

Jangan ketuk kepala dengan hair dryer. 



Cara menghalau kutu menggunakan hair dryer ni datang secara tak sengaja
bila hantar anak-anak ke tadika dan mereka dapat kutu.

Setelah memakai ubat kutu yang dibeli di farmasi masih ada kutu dikepala lagi.
Anak lelaki yang berambut pendek pun ada kutu juga.
Puas difikirkan tapi yang hairannya saya tak dijangkiti kutu.
Mungkin juga saya guna hair dryer kot..
Lalu macam biasa saya basahkan rambut anak dan
keringkan dengan hair dryer tu..
Hasilnya kutu pun pergi dari kepala mereka..
Tak taulah pasal apa.. mungkin kutu tak suka haba.
Mungkin ada benarnya kerana rokok resdung juga menggunakan haba
untuk menyedut atau mengeluarkan hama resdung.


Apa pun bagi saya cara mengeringkan rambut
menggunakan hair dryer untuk menghalau kutu,
adalah lebih selamat daripada menggunakan
ubat menghapuskan kutu.
Ini adalah pendapat saya sahaja..
Yang penting cuba dulu baru tau..